MENAFAAT KELULUT UNTUK KESIHATAN, KECERGASAN DAN KECANTIKAN.

APA ITU LEBAH KELULUT DAN MENAFAATNYA UNTUK KESIHATAN, KECERGASAN DAN KECANTIKAN.

ComSarang1LEBAH KELULUT
Lebah Kelulut atau Kelulut sahaja (juga digelar Meliponini Trigona) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia,seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah.

Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain. Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl dalam ayat 68 dan 69 megenai lebah dan madu, firman Allah ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam – macam warnanya, di dalam nya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar – benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya”.

Kelulut menjadikan resin di pokok jenis dipterocarp seperti meranti, keruin dan merawan di kawasan hutan sebagai sumber pemakanan untuk dibawa pulang ke sarang. Resin pokok-pokok hutan itu mengandungi antioksida yang tinggi. Ia merupakan agen pembersih bahagian dalaman badan yang membantu merangsang sel ketahanan tubuh manusia.

Madu Kelului digelar IBU UBAT dan semakin ramai pengamal perubatan tradisional dan penyelidik mengsyorkan pengunaannya. Antara menafaat bagi pengamal madu kelulut adalah:

Sarang Kelulut di Ladang KokazaDari segi Kesihatan

. Merawat Penyakit Kencing Manis
. Menyembuhkan Penyakit Asma
. Mengubati Radang Sendi (Arthritis)
. Mengatasi Hepatitis
. Mengubati Jangkitan pundi kencing
. Menyembuhkan Ulser
. Menjaga Kesihafan Mata
. Mengatasi Sakit Gigi
. Mungurangkan Kadar Kolestral
. Menyembuhkan Gout
. Mengubati Selsema & Batuk
. Mengubati Sakil Perut
. Mengatasi Diarea (Cirit-birit)
. Mengatasi Penyakit Jantung
. Melancarkan Peredaran Darah
. Memberslhkan Darah
. Mengatasi Tekanan Darah Tinggi
. Mengatasi Tekanan Darah Rendah
. Mengatasi Radang Gusi atau Mulut
. Mengubati Radang Larinks (Kerongkong)
. Mengatasi Demam& Selsema
. Mengatasi Masalah Jangkifan Kulit
. Mengubati Kanser
. Menjaga Kekebalan Tubuh
. Melancarkan Masa Menstruasi (Haid)
. Mengatasi Mandul
. Meningkatkan Sislem lmun Badan
. Meningkatkan Pengeluaran Air Susu Ibu
. Menyihatkan Anak Dalam Kandungan
. Menyembuhkan Luka Dalam Perut/ Rahim
– Menyembuhkan Reumatisme

ComSarangBungaDari segi kecergasan.

. Mengatasi Masalah Sukar Tidur (lnsomnia)
. Mengatasi Obesiti
. Mengatasi Keletihan
. Penyegar Stamina
. Meningkalkan Tenaga Lelaki
. Memudahkan Proses Kelahiran
. Meningkatkan Selera Makan
. Melancarkan Fungsi Otak

Untuk aspek kecantikan kelebihan madu kelulut berbanding madu biasa:
Untuk Wanita
. Melancarkan perjalan darah haid dan memulihkan sengugut
. Tidur lebih lenyak di waktu malam
. Madu boleh di buat masker untuk melicinkan dan memutihkan muka
. Memberi lebih tenaga
. meningkatkan metabolisma
. Madu kelulut merupakan “superfood” dan adalah “multivitamins” yang terbaik.
. Produk kecantikan yg organik untuk dalaman dan luaran.

Untuk Lelaki
. Melancarkan perjalan darah ke seluruh badan
. Memberi tenaga dgn cepat
. Membuang angin
. Mengurangkan rasa penat dan lenguh2
. Memulihkan tenaga batin
. Tidur lebih lenyak diwaktu malam
. “Superfood” dan ” multivitamins” yang tidak di process dan organik

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN
Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral. Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitive kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.

Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

potkelulutBEE BREAD ®ROTI LEBAH KELULUT
Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu yang diolah menggunakan air liur kelulut. Ianya kemudian melalui proses pencernaan dan fermentasi.